BAPA Hafiz Fauzan, Abdul Halid Sugiman. FOTO Alias Rani
BAPA Hafiz Fauzan, Abdul Halid Sugiman. FOTO Alias Rani
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka manusia ditemui di celah pokok dalam kebun durian adalah Hafiz Fauzan Abdul Halid, 17, pelajar yang dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata spesimen darah diambil daripada ibu bapa mendapati kebarangkalian 99.9 peratus sepadan dengan rangka ditemui.

Beliau berkata, polis mengesahkan pihaknya menerima keputusan identiti berkaitan siasatan penemuan rangka bersama pakaian, dokumen diri, barangan peribadi di tepi Jalan Yong Peng-Muar, hari ini.

"Melalui profil DNA yang diperoleh bagi tujuan perbandingan, ia sepadan dengan sampel diambil daripada ibu bapa kandungnya.

"Justeru, identiti rangka manusia terbabit ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid yang juga mangsa orang hilang selepas keluar rumah sejak 26 Mei lalu," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 11:16 PM