GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

Ipoh: Sempena kedatangan Julai yang sinonim dengan musim durian atau Raja Buah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kuala Kangsar akan menganjurkan pakej Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar, bermula 9 hingga 29 Julai.

Mardi menerusi hantaran di laman facebooknya memaklumkan penggemar durian boleh melawat ke Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar, untuk menikmati durian premium hasil penyelidikan institut tersebut.

Hantaran itu maklumkan antara aktiviti yang terdapat dalam pakej Duriotourism itu termasuklah menaiki tram untuk melawat keindahan ladang durian Mardi Kuala Kangsar dan menikmati kelazatan durian segar dari ladang.

Selain itu juga terdapat juga aktiviti jualan buah durian segar, durian pack dan tempoyak.

"Aktiviti Pakej Duriotourism dan penjualan buah durian hanya pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.

"Pakej untuk Duriotourism ini terbahagi kepada dua iaitu sesi pagi 10 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang dari 4 hingga 6 petang," menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan pembelian tiket pakej Duriotourism boleh dibuat menerusi https://wa.me/message/YX5B2OWQECHSP1, manakala untuk pembelian buah segar dan produk boleh dilakukan secara datang terus ke Laman Tiba Mardi Kuala Kangsar.

Mardi turut berkongsi Durian Tourism Packages bagi tahun 2024/2025 yang dilancarkan Tourism Malaysia pada 27 Jun melalui https://www.malaysia.travel/storage/files/pdf/Durian-Tourism-Packages- 2024.pdf .

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 9:53 PM