ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Jalan Kampung Lebu ke Felda Mempaga. FOTO Ihsan polis
ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Jalan Kampung Lebu ke Felda Mempaga. FOTO Ihsan polis
Roselan Ab Malek


DUA tentera yang baru pulang dari satu mesyuarat di Kuala Lumpur maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Lebu di Bentong, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dan dalam perjalanan ke Kem Mempaga dilapor bertembung dengan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis berkata, dalam kejadian itu, Koperal Azizul Azmy, 33, berasal dari Taman Bercham Raya, Ulu Kinta, Perak yang juga pemandu kereta itu Proton Saga itu maut ditempat kejadian akibat parah di kepala.

“Manakala Mejar Mohd Shaiful Azhar Saad, 38, berasal dari Taman Sri Aman, Baling, Kedah yang juga parah di kepala meninggal dunia di Hospital Bentong, jam 5.50 petang tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu Azizul dari arah Bentong menuju Kem Tentera Darat Mempaga, hilang kawalan sebaik tiba di selekoh berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta itu berpusing dua kali dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar hadapan lori,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 8:19 PM