Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada perasmian majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman 2016. FOTO Aswadi Alias
Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada perasmian majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman 2016. FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman dan Shamsudin Husin


Chukai: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan kekal dalam UMNO walaupun ditawarkan jawatan penting daripada empat parti politik lain.

Pengumuman itu dilakukan ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian MPK, di sini, hari ini.

"Saya banyak pilihan...PAS, PAN (Parti Amanah Negara), PKR (Parti Keadilan Rakyat)'offer' (menawarkan) saya menyertai mereka.

"Malah, Tun Dr Mahathir (Mohamad) hantar orang jumpa saya untuk masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tawarkan saya jawatan ahli majlis tertinggi dalam parti itu.

"Bagaimanapun, saya masih sayangkan UMNO dan saya boleh teruskan. Apa yang saya minta, hentikanlah mengugut dan menghina saya," katanya sekali gus membuatkan kira-kira 700 perwakilan yang hadir berdiri dan bertepuk tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 3:06 PM