PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. -FOTO NSTP
PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. -FOTO NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee ternyata mampu tersenyum selepas menyaksikan anak buahnya dengan 'rakus' membelasah KL Rovers 7-0 pada perlawanan pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, semalam.

Ramon Machado cemerlang meledak hatrik dengan masing-masing satu dari Saddil Ramdani, Jaffri Chew, Park Tae-su dan gol sendiri memastikan Sabah FC menempah tempat ke peringkat suku akhir bertemu Terengganu FC.

Kim Swee berkata, beliau berpuas hati prestasi keseluruhan anak buahnya yang manfaat peluang diberikan untuk beraksi dengan baik.

"Keputusan yang cukup baik tetapi kita perlu konsisten kerana aksi ini sangat penting ekoran kita akan berehat pada minggu hadapan dan hanya akan bermain pada penghujung Jun, jadi 90 minit ini penting buat kesebelasan utama mendapatkan minit permainan.

"Kita juga berjaya mendapatkan jaringan yang banyak dan harap para pemain dapat kekalkan momentum di mana kita masih ada banyak perlawanan untuk kita harungi musim ini," katanya.

Selain itu, Kim Swee juga mahu fokus kepada setiap perlawanan apabila dijadualkan bertemu Terengganu FC pada peringkat suku akhir Piala FA sebelum bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super.

"Kita ada perlawanan suku akhir Piala FA sebelum menentang JDT jadi fokus kami adalah dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan berharap dapat mengekalkan momentum ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 5:36 PM