KHAIRY nafi ubah isi  pendrive sebelum serah kepada SPRM.
KHAIRY nafi ubah isi pendrive sebelum serah kepada SPRM.
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan beliau mengubah isi kandungan ‘pendrive’ sebelum membuat keputusan menyerahkan bukti dakwaan penyelewengan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Mana boleh edit? Ini laporan teknikal rasmi yang dibentangkan kepada FAM. Kalau diubah boleh dikesan,” jelas Khairy menerusi akaun Twitter miliknya semalam.

Kenyataan Khairy itu sebagai menjawab teguran seorang pengikut Twitter beliau dengan menyatakan ‘Dah edit siap belom? semalam.

Sebelum itu, Khairy mengesahkan ‘pendrive’ itu tidak mempunyai sebarang bukti penyelewengan seperti yang didakwa oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini.

“Walaupun kandungan pendrive adalah laporan teknikal mengenai bola sepak, demi ketelusan saya akan serah kepada @SPRMMalaysia esok 11am. #FAM,” katanya dalam satu lagi entri di Twitter miliknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 7:24 AM