TUNKU Ismail Sultan Ibrahim.
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Dakwaan penyelewengan dan salah laku pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) terus kekal misteri.

Bagi FAM isu itu seperti sudah selesai apabila perkara itu langsung tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco FAM kali ke-9 kelmarin.

Malah tidak ada perubahan dalam barisan Exco biarpun berdepan tuduhan cukup berat itu apabila mereka sepakat untuk terus kekal bersama Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sehingga Kongres Pemilihan FAM dipercepatkan ke tahun depan.

Menurut Timbalan Presiden FAM Datuk Mokhtar Ahmad, perkara itu tidak perlu dijelaskan dan terpulang kepada Tunku Ismail untuk membuat tindakan susulan menerusi bukti yang terkandung dalam ‘pendrive’.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 8:00 AM