FAIL Rosli Rahmat
FAIL Rosli Rahmat
Aziman Rosdi


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih belum bersedia berkongsi isi 'pendrive' yang diserahkan kepadanya oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada sebarang kenyataan daripada Khairy sehingga kini apabila beliau mengambil pendekatan 'kunci mulut'.

Malah, beliau mengelak daripada bercakap dengan media selepas menghadiri program Fit Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, hari ini.

Tindakan itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai langkah yang bakal diambil oleh Khairy untuk menyelesaikan isu 'pendrive' yang kononnya mengandungi bukti penyelewengan dan salah laku pegawai

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam laporan Arena Metro hari ini, Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers mengesahkan sudah menyerahkan 'pendrive' kepada Khairy kerana tidak mahu terbabit dengan masalah FAM.

Sebelum ini, Khairy pernah menggesa Tunku Ismail menyerahkan 'pendrive' itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut.

Namun, beliau tidak berbuat demikian atas alasan ingin mengadakan pertemuan terus dengan FAM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 8:57 PM