Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih memerlukan masa untuk melihat kandungan ‘pendrive’ yang diserahkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Khairy, beliau masih belum dapat melihat keseluruhan kandungan itu

"Saya masih memerlukan masa melihat dan menilai kandungan pendrive itu secara keseluruhan.

"Saya akan maklumkan kepada media tindakan susulan nanti," katanya

‘Pendrive’ berkenaan yang diserahkan Tunku Ismail didakwa mengadungi bukti ketirisan dan salah laku yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama atlet paralimpik negara yang bakal beraksi di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil bermula 7 September nanti.

Seperti Sukan Olimpik membabitkan atlet normal, atlet paralimpik negara seramai 21 orang akan memburu emas pertama negara di Sukan Paralimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 6:04 PM