AFP

Berlin: Pengganti Pep Guardiola, Carlo Ancelotti berkata beliau tidak akan membuat banyak perubahan di Bayern Munich selepas juara bertahan Bundesliga itu membelasah Werder Bremen 6-0 pada perlawanan pertama musim ini.

Pengendali Itali itu memegang falsafah ‘jangan ubah skuad juara’ selepas Guardiola berjaya membimbing Bayern untuk menjuarai Liga Jerman dan Piala Jerman musim lalu.

Di bawah kendalian Guardiola yang kini bersama Manchester City, Bayern memenangi empat gelaran Bundesliga secara berturut-turut dan ia menjadi rekod liga utama Jerman.

Ancelotti berkata, tidak banyak perubahan yang akan dilaksanakan ke atas pasukan hingga menyaksikan Robert Lewandowski (gambar) meledak hatrik ketika Bayern menguasai lebih 70 peratus perlawanan di Allianz Arena.

“Saya tidak membuat banyak perubahan kerana pasukan ini sudah cukup kuat. Mungkin kami hanya perlu memberi lebih peranan kepada penyerang,” kata Ancelotti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:32 AM