RIBERY (tengah) kembali mendapat kepercayaan Ancelotti.
RIBERY (tengah) kembali mendapat kepercayaan Ancelotti.
AFP

Berlin: Bayern Munich mahu memburu gelaran Bundesliga kelima berturut-turut apabila musim baharu bermula esok dengan jurulatih Carlo Ancelotti cuba meneruskan dominasi dilakar pengendali sebelum ini, Pep Guardiola dan Jupp Heynckes.

Berdasarkan hiraki Bayern, Ancelotti, 57, perlu mengekalkan kedudukan kelab gergasi Bavaria itu di tempat sepatutnya, apatah lagi aksi pertama musim ini akan berlangsung di tempat sendiri menentang Werder Bremen.

Guardiola meletakkan jawatan untuk bersama Manchester City selepas membawa pasukannya menjulang gelaran liga buat kali ketiga berturut-turut selain Piala Jerman.

Heynckes meletakkan tanda aras buat Bayern apabila memenangi gelaran trebel buat kali pertama pada 2013 yang menyaksikan mereka menjulang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman.

Tetapi Ancelotti mempunyai rekod baik apabila menang dua kejuaraan menerusi dua perlawanan awal musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 7:41 AM