JAGUAR F-Type Coupe.
JAGUAR F-Type Coupe.
JENTERA terhebat buatan Jaguar.
JENTERA terhebat buatan Jaguar.
ENJIN yang menyalurkan kuasa sehingga 550 PS.
ENJIN yang menyalurkan kuasa sehingga 550 PS.
BUTANG pada stereng untuk memudahkan pemandu.
BUTANG pada stereng untuk memudahkan pemandu.
KONSUL tengah dengan balutan gentian karbon.
KONSUL tengah dengan balutan gentian karbon.
PELBAGAI butang pada panel pintu.
PELBAGAI butang pada panel pintu.
Oleh Erywan Norshal

Kereta konsep coupe Jaguar C-X16 yang dipertontonkan dan dipamerkan di Pameran Permotoran Frankfurt, Jerman tiga tahun lalu, akhirnya diterjemahkan dan menjadi realiti selepas kemunculan Jaguar F-Type Coupe.

Ia juga generasi terbaru kereta sports paling dinamik dan berprestasi yang pernah dihasilkan Jaguar setakat ini.

Keistimewaannya adalah materialnya kerana bahagian sisi Jaguar F-Type Coupe diperbuat daripada kepingan aluminium tunggal, sekali gus lebih ringan dan kukuh.

Ia dihasilkan dengan kaedah pembentukan dingin paling ekstrem pernah dilakukan oleh industri automotif, sekali gus tidak lagi bergantung kepada pelbagai lapisan panel dan sambungan seperti kaedah konvensional.

Di negara ini, jentera itu dibawa oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd selaku pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia.

Ia dilancarkan dalam dua varian membabitkan Jaguar F-Type R Coupe dan F-Type S Coupe dengan dua kapasiti enjin berbeza.

Varian paling tinggi, Jaguar F-Type R Coupe dilengkapi enjin 5.0 liter V8 Supercharge yang mampu menjana kuasa 550 PS dan tork setinggi 680 Nm.

Keupayaan enjin itu boleh mencapai kelajuan maksimum 300 kilometer sejam (km/j), selain hanya mengambil 4.2 saat untuk memecut antara tahap pegun sehingga 100 km/j.

Jaguar F-Type S Coupe pula dilengkapi enjin 3.0 liter V6 Supercharge yang menjanakan 380 PS, manakala tork setinggi 460 Nm dengan masa diperlukan untuk pecutan 0-100 km/j hanya 4.9 saat. Kelajuan maksimumnya adalah pada 275 km/j.

Biarpun berbeza enjin, kedua-dua varian itu berkongsi sistem transmisi 'Quickshift' lapan kelajuan nisbah pendek untuk memberikan prestasi terbaik.

Ia juga boleh dikawal secara manual dengan menggunakan tombol gear 'SportShift' pada konsul tengah atau pedal di bahagian belakang stereng.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pihaknya menerima dua tempahan meskipun belum dilancarkan secara rasmi, baru-baru ini.

Menurutnya, harga bagi F-Type R Coupe dan F-Type S Coupe dijual masing-masing pada harga RM1,158,888 serta RM899,888, tidak termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:03 AM