Video yang tular memaparkan seorang lelaki melemparkan keropok ke muka pelumba Le Tour de France.
Video yang tular memaparkan seorang lelaki melemparkan keropok ke muka pelumba Le Tour de France.
AFP

Loudenvielle(Perancis): Gara-gara melempar keropok ke muka pelumba basikal Tadej Pogacar dan Jonas Vingegaard , seorang penonton di tepi jalan ditahan pihak berkuasa menurut laporan media Perancis.

Insiden itu, yang dirakamkan dalam video sekali gus tersebar di media sosial, berlaku ketika kayuhan peringkat 14 di mana pelumba Slovenia, Pogacar sedang melepaskan diri daripada kumpulan yang diketuai juara bertahan.

Penonton yang tidak berbaju itu kelihatan melemparkan kerepek kentang ke muka kedua-dua pelumba dengan saksi mengatakan dia dibawa keluar oleh polis dalam masa lima minit selepas insiden itu.

"Saya tidak faham orang yang pergi ke perlumbaan basikal untuk melemparkan kerepek kentang," kata Vingegaard, juara dua kali, di penamat.

Kesatuan penunggang profesional CPA mengatakan mereka bercadang untuk menyaman penonton itu.

Individu itu didakwa terlalu mabuk untuk memberikan kenyataan jadi polis menahannya semalaman supaya dia boleh melakukannya pada hari berikutnya.

Pogacar memenangi peringkat itu untuk mengekalkan jersi kuning dan menambah kelebihan ke atas Vingegaard yang berada di tempat kedua kepada 1 minit 57 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 12:35 AM