Reuters

Kaherah: Seorang pelumba basikal Mesir tersingkr daripada sukan Olimpik Paris oleh Jawatankuasa Olimpik Tempatan berikutan pemilihan atlet terbabit mendapat pelbagai reaksi di media sosial susulan tindakannya menjatuhkan pelumba lain beberapa bulan lalu.

Ketika ini, Mesir dalam usaha membina kredibiliti untuk membida bagi sukan Olimpik 2036 dan jika berjaya ia akan menyaksikan temasya terbesar itu buat kali pertama dipertandingkan di negara Arab dengan dijangka berbelanja berbilion untuk membina fasiliti terbaik.

Ketika kejohanan kebangsaan yang berlangsung April lalu, tular video yang memaparkan Shahd Saied bertembung dengan pelumba lain iaitu Ganna Eliwa sebelum menolaknya.

Eliwa menuduh Saied melakukan serangan sengaja dan berkata dia mengalami gegaran, tulang selangka patah, lebam dan kehilangan ingatan sementara. Saied menegaskan insiden itu adalah kemalangan namun diberi larangan satu tahun daripada pertandingan tempatan.

Namun, persoalan tercetus apabila Persekutuan Basikal Mesir menamakan Eliwa untuk Sukan Paris, mengatakan dia sudah layak sebelum insiden itu.

Saied memulakan kerjayanya di kampung halamannya di Fayoum, selatan Kaherah, kira-kira empat tahun lalu. Dia memenangi dua pingat emas dalam pertandingan individu di kejohanan Afrika awal tahun ini.

Ramai rakyat Mesir menyatakan kemarahan dan rasa malu, menuduh persatuan berbasikal itu mengabaikan semangat kesukanan.

"Apa yang dia lakukan di sana, bukankah dia sengaja melanggar pesaingnya?" tanya seorang pengguna Facebook di bawah pengumuman penyertaan Shahd dalam permainan.

Selepas kementerian sukan negara itu meminta kajian semula keputusan itu, Jawatankuasa Olimpik memutuskan bahawa larangan di peringkat kebangsaan turut terpakai untuk kejohanan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 12:27 AM