PAPARAN meter pelbagai guna memudahkan pemandu.
PAPARAN meter pelbagai guna memudahkan pemandu.
BAHAGIAN penumpang belakang selesa.
BAHAGIAN penumpang belakang selesa.
RUANG hadapan Jaguar F-Pace yang serba mewah.
RUANG hadapan Jaguar F-Pace yang serba mewah.
F-PACE boleh jadi kenderaan kegunaan harian.
F-PACE boleh jadi kenderaan kegunaan harian.
Mohd Razlan Salleh


Tidak dinafikan pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) mendapat perhatian masyarakat kebelakangan ini, tidak kira di bandar atau pekan berikutan boleh digunakan dalam sebarang situasi.

Namun, bagi mereka yang mahukan SUV mewah untuk kegunaan harian, Jaguar F-Pace adalah model terbaik untuk dimiliki tanpa memikirkan mengenai harga.

Bentuk yang diilhamkan daripada model F-Type memastikan setiap pemanduan sangat lancar, selesa dan paling utama adalah gaya sporty sebuah SUV.

Model dilancarkan Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd ini adalah jentera yang menjanjikan prestasi yang sporty dan dinamik selain direka untuk kegunaan harian.

Sebanyak dua varian ditawarkan iaitu Prestige dan R-Sport yang mana kedua-duanya dilengkapi enjin petrol 3.0L V6 super cas serta dipadankan bersama transmisi automatik elektronik lapan kelajuan dengan Jaguar Sequential Shift.

Ini membolehkan F-Pace memecut dari kedudukan pegun ke 100km/j dalam masa 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik iaitu 250km/j.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd, Datuk Aishah Ahmad berkata, sebagai SUV pertama daripada Jaguar, F-Pace diyakini dapat mempertingkatkan tarikan jenama itu dan memperluaskan jangkauan ke pasaran lebih besar.

“Kini kami mempunyai produk baharu mengagumkan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang menghajatkan kegunaan praktikal sebuah SUV, pemanduan seperti jentera sport dan berprestij.

“Berbanding SUV mewah lain dalam segmennya, F-Pace menawarkan peningkatan keseluruhan lebih baik termasuk aspek pemanduan, penampilan dan teknologi,” katanya pada majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Jaguar F-Pace Prestige yang diimport sepenuhnya dijual pada harga RM598,800 manakala R-Sport dengan spesifikasi lebih tinggi berharga RM658,800. Kedua-dua harga berkenaan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Setiap model ini didatangkan dengan Jaguar Care yang merangkumi waranti selama lima tahun dan lima tahun servis percuma serta Jaguar Roadside Assistance selama tiga tahun.

Bagi mereka yang mahu kelihatan lebih menyerlah, terdapat pilihan Black Pack R-Sport yang eksklusif dengan gril radiator, salutan warna badan pada pintu dan sirip kuasa berwarna hitam berkilat bersama lencana R-Sport.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 5:03 AM