Mercedes-Benz GLA 45 AMG Edition 1
Mercedes-Benz GLA 45 AMG Edition 1
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak menerusi Mercedes-Benz GLA, hari ini.

Kenderaan segmen terbaru dalam keluarga Mercedes-Benz itu ditawarkan dengan dua varian membabitkan GLA 200 dan GLA 250 4MATIC.

Jentera itu menggunakan rangkaian kuasa 1.6 liter dan 2.0 liter yang menyalurkan 156 hp serta 211 hp.

GLA 200 dan GLA 250 4MATIC masing-masing dijual pada harga RM238,888 dan RM268,888.

Sementara itu, Mercedes-Benz turut melancarkan satu lagi varian berprestasi menerusi GLA 45 AMG Edition 1 yang menggunakan enjin 2.0 liter pengecas turbo.

Jentera itu mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 4.8 saat dan boleh dipandu sehingga 250 km/j.

Ia dijual pada harga RM378,888.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 10:39 PM