KLOPP pacu kegemilangan Liverpool.
KLOPP pacu kegemilangan Liverpool.
Agensi

London: Jurgen Klopp mencipta kejutan apabila bersetuju kembali ke Liverpool.

Klopp, 57, meletak jawatan sebagai pengurus Reds pada penghujung musim lalu tetapi dia kini bakal kembali ke Anfield.

"Jürgen Klopp setuju dilantik duta kehormat untuk @thelfcfoundation," kata kelab itu di Instagram.

Berita kepulangannya ke Anfield menggembirakan penyokong kelab.

"Terdapat perkara yang anda pasti suka mendengarnya," kata seorang penyokong di ruang komen manakala yang kedua menambah: "Dia akan selamanya sebahagian daripada bola sepak kelab, keluarga kami YNWA!"

"Dia masih ada di sini dan tidak akan meninggalkan kami," menurut yang lain berserta emoji menangis. Seorang lagi peminat berkata: "Sekali merah selalunya merah. Sama ada bos pengurus kami atau tidak, dia sentiasa bersama kami... YNWA!"

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 10:17 PM