Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution  semasa Sidang media  pada Majlis Perjumpaan Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN di  Raia Hotel & Convention Centre Terengganu. FOTO GHAZALI KORI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa Sidang media pada Majlis Perjumpaan Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu. FOTO GHAZALI KORI
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengubah sistem penggunaan senjata api bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu dilakukan bagi mengelak penyalahgunaan senjata berkenaan terutama selepas waktu bertugas.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, anggota hanya dibenarkan mengambil senjata berkenaan ketika memulakan penugasan.

"Ekoran daripada kes itu, maka kita ubah suai sistem kita (iaitu) senjata di simpan di stor senjata.

"Apabila anggota nak bertugas barulah kita benarkan dia ambil bagi mengelak keadaan begitu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN di sini hari ini.

Sebelum ini, anggota RELA tidak dibenarkan menggunakan senjata api untuk sebarang tujuan termasuk aktiviti membasmi musuh tanaman.

Larangan itu tertakluk di bawah Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752).

Pada Selasa lalu, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana menembak mati rakan baik yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang dan cubaan membunuh anak saudara mangsa.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Ong Chow Lee, 60, mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 12:00 AM