Reuter

Taipei: Kesalahan lalu lintas di Taiwan meningkat sejak permainan Pokemon GO dilancarkan berikutan ramai pemandu disaman kerana menggunakan telefon bimbit bermain permainan itu ketika memandu.

Setakat ini, pihak berkuasa sudah mengeluarkan 1,210 saman berkaitan kesalahan itu sejak Sabtu lalu.

Ketua jabatan penguatkuasaan lalu lintas polis Taipei, Yen San-lung, memberi amaran polis akan mengenakan kompaun NTD3,000 (AS$95) kepada pemandu kereta manakala penunggang motosikal boleh didenda NTD1,000 (AS$32).

“Penggunaan telefon bimbit ketika memandu menjejaskan tumpuan dan boleh menyebabkan kemalangan. Polis akan meningkatkan usaha mengesan pemandu terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:04 PM