Lelaki berusia 32 tahun ditahan anggota polis trafik ketika main Pokemon Go menggunakan telefon bimbit sambil memandu di Jalan Stadium, berhampiran Stadium Darul Makmur, semalam. FOTO ihsan PDRM
Lelaki berusia 32 tahun ditahan anggota polis trafik ketika main Pokemon Go menggunakan telefon bimbit sambil memandu di Jalan Stadium, berhampiran Stadium Darul Makmur, semalam. FOTO ihsan PDRM
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Peniaga berusia 32 tahun disaman kerana bermain Pokemon Go menggunakan telefon bimbit ketika memandu, semalam.

Lelaki itu menjadi individu pertama dikenakan saman kerana bermain permainan yang kini menjadi kegilaan di seluruh dunia itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di Jalan Stadium, di sini, lelaki berkenaan sedang memandu sambil mengimbas karakter yang terdapat dalam permainan realiti digital itu di sepanjang lalu berkenaan dengan telefon bimbit diletakkan di stereng keretanya.

Sumber berkata, dia yang leka 'memburu' raksasa itu tidak menyedari kehadiran anggota trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum memintanya untuk memberhentikan kenderaan.

"Polis menahan lelaki berkenaan selepas polis menyedari dia menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Apabila ditanya secara lanjut dia mengaku sedang mengesan karakter Pokemon Go di laluan itu sambil memandu dengan perlahan," katanya

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Nor Yusof Ali ketika dihubungi menasihatkan pemandu supaya tidak menggunakan telefon bimbit atau sebarang alat telekomunikasi ketika memandu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 5:59 PM