SAN-YUAN bersama basikal dan 11 telefon pintar yang digunakan untuk memburu Pokemon. -Foto EPA
SAN-YUAN bersama basikal dan 11 telefon pintar yang digunakan untuk memburu Pokemon. -Foto EPA
Agensi

TAIPEI: Seorang warga emas yang taasub bermain Pokemon Go sanggup memasang 11 telefon pintar pada basikalnya untuk memudahkannya menangkap ratusan raksasa digital setiap hari.

Chen San-yuan, 70, mampu bermain Pokemon Go sehingga 20 jam tanpa henti sebelum 11 telefon dan sembilan ‘power bank’ yang dibawa dalam bakul basikalnya. Malah dia berharap dapat menambah empat lagi telefon bimbitnya untuk lebih memudahkan bermain.

Chen yang juga pakar Feng Shui itu mengayuh basikalnya sekitar bandar Taipei, kadangkala sehingga jam 4 pagi untuk memburu ‘mangsanya,’ lapor Daily Mail.

Dia mengaku membelanjakan sehingga £1,165 (RM6,000) sebulan untuk membeli pelbagai aplikasi berkaitan Pokemon Go serta peralatan.

Antara lokasi kegemarannya termasuk satu taman yang dilawatinya kira-kira enam kali seminggu yang menjadi popular selepas seorang penduduk tempatan memuat naik gambarnya di situ ke laman web Reddit.

Dia diberi jolokan ‘Pak Cik Pokemon’ tetapi tidak menyedari populariti sendiri sehingga ditemu bual stesen televisyen tempatan EXP.GG.

Chen berkata, dia mula meminati permainan itu pada 2016 selepas diajar cucunya dan kini menganggapnya cara terbaik mengelak Alzheimer selain dapat berinteraksi dengan pemain lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 10:55 PM