JENAZAH bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua, Tan Sri Abdullah Ahmad dibawa dari Pusat Perubatan Pantai ke kediamannya. FOTO Ghazali Kori
JENAZAH bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua, Tan Sri Abdullah Ahmad dibawa dari Pusat Perubatan Pantai ke kediamannya. FOTO Ghazali Kori
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Veteran politik yang juga bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua, Tan Sri Abdullah Ahmad meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, 1.15 tengah hari tadi akibat kanser.

Abdullah, 83, yang lebih dikenali dengan panggilan Dollah Kok Lanas (DKL) adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Jenazah Abdullah dibawa ke rumahnya di Lorong U Thant di sini 3.20 petang tadi menaiki kenderaan hospital dengan ditemani anak sulung lelakinya.

Jenazah akan dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 4:03 PM