Md Alwi (kiri) bersama ahli keluarga dan jemaah mengusung jenazah Allahyarham Abdullah ke tanah perkuburan Masjid Ayesha setelah selesai sembahyang jenazah. FOTO Fathil Asri
Md Alwi (kiri) bersama ahli keluarga dan jemaah mengusung jenazah Allahyarham Abdullah ke tanah perkuburan Masjid Ayesha setelah selesai sembahyang jenazah. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jenazah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad selamat dikebumikan di Masjid Ayesha, Kok Lanas, pada 11.15 pagi tadi.

Jenazah Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua itu dibawa dari Lapangan Terbang Tentera Udara Subang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan menaiki pesawat TUDM.

Turut mengiringi jenazah Abdullah, 79, atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL) isteri dan tiga anak Allahyarham.

Lebih 500 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri solat jenazah sebelum dikebumikan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Arwah yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai kira-kira 1 tengah hari semalam, selepas menderita penyakit kanser hati dan buah pinggang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 12:12 PM