FOTO Bernama
FOTO Bernama
Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor dijangka tiba ke tanah air petang esok.

Allahyarham meninggal dunia akibat barah hati ketika bertugas di Berne, Switzerland, Rabu lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan, berkata jenazah dijadual tiba dengan penerbangan Lufthansa Airlines LH782 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 5.25 petang.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kampung halamannya di Muar, Johor untuk dikebumikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 7:51 PM