MD FARID. FOTO Arkib NSTP
MD FARID. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia jam 6 pagi tadi di Hospital Pontian, Pontian.

Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai itu disahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor Mohd Solihan Badri.

“Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, sebentar tadi.

Md Farid, 42, adalah Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan sebelum Zohor, kata Mohd Solihan.

Md Farid memenangi kerusi parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) dengan memperolehi 21,255 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 9:19 AM