Nazli bersama Ketua Cawangan JPJ KLIA, S. Sarawanan melihat kenderaan yang disita dalam "Operasi Khas Ulat" pada Sabtu lalu di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Nazli bersama Ketua Cawangan JPJ KLIA, S. Sarawanan melihat kenderaan yang disita dalam "Operasi Khas Ulat" pada Sabtu lalu di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan 31 tangkapan membabitkan pelbagai 'ulat' di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 menerusi operasi bermula Januari hingga kini.

Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib berkata, tangkapan 'ulat' itu membabitkan lapan teksi, 16 kenderaan persendirian, masing-masing dua bagi kenderaan syarikat dan bas persiaran serta tiga Uber atau Grab Car.

"Tangkapan itu dibuat adalah mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Daripada 31 tangkapan yang dibuat, seramai 23 'ulat' sudah membayar denda dengan keseluruhan berjumlah RM80,500, manakala enam lagi individu dalam proses pendakwaan," katanya pada sidang media di KLIA hari ini.

Beliau berkata, penggunaan 'ulat' adalah berisiko tinggi antaranya kes rogol, rompak dan samun selain tiada insuran (jika berlaku kemalangan), penipuan, culik, peras ugut serta mencemar imej negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 5:57 PM