BENTEKE menjaringkan gol penyamaan lewat permainan.
BENTEKE menjaringkan gol penyamaan lewat permainan.
AFP

Liverpool, England: Jaringan masa kecederaan Christian Benteke membantu Liverpool meraih satu mata menentang Chelsea yang kurang bernasib baik apabila seri 1-1 di Anfield, awal pagi semalam.

Gol pembukaan Eden Hazard pada babak pertama satu penyudah hebat yang layak memenangi mana-mana pertandingan dan ia dilihat sudah mencukupi sebelum Benteke menanduk masuk hantaran lintang Sheyi Ojo ketika rekod tanpa kalah Liverpool di laman sendiri dilanjutkan kepada 13 perlawanan.

Keputusan itu mengekalkan jurang 10 mata antara kedua-dua pasukan dengan finalis Liga Europa Liverpool di tangga kelapan manakala juara Liga Perdana musim lalu Chelsea di tangga kesembilan.

Pengurus Reds Juergen Klopp teruja dengan gol penyamaan lewat permainan pasukannya namun sedih kerana pemainnya kurang sabar.

Liverpool berdepan Sevilla pada final Liga Europa pertengahan minggu depan dengan kedua-dua trofi serta tempat ke Liga Juara-Juara menjadi pertaruhan dan Klopp percaya keputusan itu meningkatkan keyakinan dan momentum pemainnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 8:06 AM