PEMAIN Liverpool Roberto Firmino (kanan) melakukan percubaan ke arah gawang Chelsea.
PEMAIN Liverpool Roberto Firmino (kanan) melakukan percubaan ke arah gawang Chelsea.
AFP

Liverpool, England: Juergen Klopp meminta penyokong Liverpool supaya bersabar dengan persembahan pasukannya dan kenyataan itu hadir selepas beliau bertelagah dengan peminat ketika seri 1-1 pada pertemuan menentang pendahulu Liga Perdana Chelsea.

Pengurus Liverpool Klopp dilihat bertengkar dengan penyokong yang duduk berdekatan dengan tempat pemain selepas hantaran ke belakang yang ditujukan kepada penjaga gol Simon Mignolet mendapat kecaman warga Anfield, awal pagi semalam.

Klopp berkata, pasukannya terpaksa memperlahankan rentak permainan serta memulakan gerakan dari belakang dan meminta penyokong supaya tidak marah dan bersabar.

“Jika kami tidak mengamalkan permainan sebegitu malam ini, ia tidak ubah seperti perlawanan pingpong,” kata Klopp kepada wartawan selepas perlawanan.

“Kami bermain dengan tekanan tinggi dan Chelsea menukar taktik secara bijak. Mereka membuat hantaran jauh. Jika kami melakukan perkara sama, leher anda pasti tegang selepas perlawanan berakhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 6:20 AM