PEMAIN beraksi pada Kem AJFC Zon Timur.
PEMAIN beraksi pada Kem AJFC Zon Timur.
myMetro

Kuala Lumpur: Kem Junior Bola Sepak Allianz (AJFC) Malaysia bagi Zon Utara dan Timur berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Kolej Islam Pahang, Kuantan, baru-baru ini.

Selepas pertandingan bagi Zon Tengah dan Selatan awal bulan ini, aksi di dua zon terbaharu itu turut menawarkan peluang kepada pemain berumur antara 14 hingga 16 tahun untuk berlatih dengan FC Bayern Munich yang memegang rekod 25 kali juara Bundesliga di Munich, Jerman.

“Sejak permulaan liga pada 2012, kami melihat ramai pemain bola sepak berbakat menunjukkan kebolehan mereka.

“Pada tahun lalu, lima pemain negara berjaya ke Munich dan kami amat teruja menantikan peserta berbakat lain tahun ini. Walaupun hadiah utama adalah memenangi liga ini dan melawat FC Bayern, kami berharap peserta dapat mempelajari prinsip penting permainan bola sepak seperti bermain secara adil, saling hormat, bekerjasama dan perpaduan melalui pengalaman ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir.

“Melalui AJFC ini, kami menawarkan pengalaman sekali dalam seumur hidup bagi remaja terpilih kerana mereka akan dilatih jurulatih belia rasmi Bayern. “Ia satu pakej yang baik kerana mereka turut berpeluang berjumpa pemain Bayern dan menyaksikan perlawanan kelab itu secara langsung di Allianz Arena.”

Keputusan, gambar dan video liga AJFC 2016 yang terkini boleh didapati di laman Facebook Allianz Malaysia di facebook.com/AllianzMalaysia dan laman rasmi AJFC di allianzfootball.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:36 AM