Pemain golf Rory Mcllroy
Pemain golf Rory Mcllroy

AFP

United Kingdom: Pemain golf Rory Mcllroy mahu melupakan kekecewaan di pentas terbuka US apabila dia melakukan permulaan yang cukup positif dalam usaha mempertahankan gelaran Terbuka Scotland.

Mcllroy yang berasal dari Ireland Utara itu mencatatkan lima dibawah par 65 sekali gus berkelebihan satu pukulan di belakang pendahulu kelab pusingan pertama yang dikongsi oleh Max Kieffer dari Jerman dan pemain China Li Haotong.

"Saya tidak akan membiarkan tiga atau empat lubang mengaburkan penilaian saya tentang betapa baiknya saya bermain," kata Mcllroy.

Mcllroy bersaing buat kali pertama sejak kegagalan yang cukup pedih untuk memenangi gelaran utama kelimanya di US Open.

Dia memegang kelebihan dua pukulan dengan lima lubang namun bogey tiga daripada empat lubang terakhir sebelum tamat satu pukulan di belakang Bryson DeChambeau.

Kekalahan yang mengecewakan itu meninggalkan Mcllroy masih mencari gelaran utama yang terakhir dimenanginya pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 12:43 AM