Perlumbaan Formula One di Miami baru-baru ini.
Perlumbaan Formula One di Miami baru-baru ini.
Reuters

London: Formula Satu (F1) mengumumkan sekali lagi akan mengadakan enam perlumbaan pecut musim depan dengan Belgium dan bukannya Austria sekali gus menyaksikan satu-satunya perubahan daripada kalendar 2024.

Austria mengadakan pecutan di Red Bull Ring Spielberg sejak tiga tahun lalu tetapi kini akan kembali kepada format Grand Prix (GP) tradisional.

Lima lagi perlumbaan akan berlangsung di Shanghai (21 hingga 23 Mac), Miami (2 hingga 4 Mei), Austin (17 hingga 19 Oktober), Sao Paulo dan Qatar masing-masing pada 7hingga 9 November dan 28 hingga 30 November.

Selain itu, GP Belgium yang memperkenalkan pelumbaan pecut pada 2023, bakal berlangsung pada 25-27 Julai.

GP Brazil di Interlagos Sao Paulo dengan format perlumbaan 100 kilometer (km) menawarkan mata untuk lapan teratas menjelang perlumbaan biasa pada Ahad ini.

Jadual sudah diubah tahun ini supaya kelayakan untuk pecut adalah pada hari Jumaat dengan perlumbaan pada pagi Sabtu sebelum layak ke GP.

Tiga daripada enam perlumbaan terakhir musim ini akan menjadi perlumbaan pecut.

Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali, cukup positif dengan perlumbaan itu sambil menganggap format itu sebagai satu kejayaan yang hebat.

"Kami melihat bukti ini dalam menerusi data penonton, kehadiran peminat pada hari Jumaat dan daripada penganjur dan rakan kongsi," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 10:33 PM