BEKAS Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia malam ini. FOTO Bernama
BEKAS Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia malam ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court. di sini, malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

"Jenazah akan dikebumikan esok pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah," katanya.

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 10:54 PM