FADZLI (kanan) meninjau keadaan gelanggang boling padang di Kompleks Sukpa, Kuantan yang akan dinaik taraf. FOTO ASROL AWANG
FADZLI (kanan) meninjau keadaan gelanggang boling padang di Kompleks Sukpa, Kuantan yang akan dinaik taraf. FOTO ASROL AWANG
Asrol Awang


Kuantan: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM870,000 bagi menaik taraf gelanggang boling padang di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Bandar Indera Mahkota, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, peruntukan itu membabitkan penggantian karpet baharu.

"Baru-baru ini Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM870,000 untuk menaik taraf gelanggang boling padang.

"Penggantian karpet ini kali pertama dilaksanakan selepas ia dibina bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012.

"Kerja pemasangan karpet baharu akan bermula 23 Julai ini dan dijangka siap pada pertengahan Ogos depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 10:41 PM