Pejabat urusan V’Asia di Shah Alam, Selangor.
Pejabat urusan V’Asia di Shah Alam, Selangor.
Syarifah Dayana Syed Bakri

Kuala Lumpur: Jenama V’Asia Cosmetic & Healthcare yang diasaskan pada 2010 bermula dengan empat produk berasaskan kesihatan seperti makanan tambahan khusus untuk kulit.

Perkataan V membawa maksud Versi manakala perkataan Asia dipilih bagi menunjukkan produk itu sesuai untuk kulit orang Asia. Ia secara ringkas ditampilkan sebagai V’Asia.

Bermula dengan empat produk, jenama berkenaan terus mencatatkan peningkatan dibarisi lebih 100 produk untuk lelaki dan wanita merangkumi makanan tambahan, kosmetik, minuman, set penjagaan diri dan wangian.

Tidak lama selepas perniagaan berkenaan dimulakan, pengasasnya, Datuk Azril Mohd Radzi memperkenalkan produk kosmetik untuk penjagaan wajah.

Memegang visi Peneraju, Perintis dan Pencetus Produk Herba Berkualiti Pada Harga Mampu Milik, V’Asia meletakkan konsep perniagaan menggunakan keupayaan ejen dan stokis di seluruh negara.

Dengan kekuatan 120 stokis dan 12,000 ejen di seluruh negara, jenama berkenaan terus mengorak langkah dengan memperkenalkan pelbagai produk baru saban tahun bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Hanya bermodalkan RM350, mana-mana individu layak menjadi ejen V’Asia dengan margin keuntungan sehingga 30 peratus untuk setiap produk.

Produk terbaru yang diperkenalkan iaitu set untuk wanita selepas bersalin mengandungi 10 produk ditawarkan pada harga hanya RM200.

Set berkenaan sesuai untuk wanita yang mahu berpantang secara tradisional kerana produk ditampilkan berasaskan herba, namun dalam bentuk mudah digunakan seperti losen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 6:38 AM