Khazinah menunjukkan produk kecantikan keluarannya.
Khazinah menunjukkan produk kecantikan keluarannya.
Oleh Azlan Hafeedz


Kota Bharu: Salsabella Skincare dan Beauty Shop, produk kecantikan berasaskan tumbuhan herba menyasarkan jualan sehingga 100,000 unit set produk menjelang akhir tahun ini.

Pengasasnya, Khazinah Mat Akib berkata, memandangkan produk itu baru saja memasuki pasaran, pihaknya bercadang mengukuhkan jenama produk sebelum menembusi pasaran global.

“Buat masa ini, kami menggunakan iklan termasuk media sosial sebagai platform memasarkan produk kepada orang ramai serta giat mencari ejen dan stokis bagi produk terbabit.

“Salsabella Skincare bukan saja mampu membantu pengguna wanita mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat, malah sesuai menghapuskan kesan parut,” katanya.

Khazinah berkata, tumbuhan herba adalah bahan utama dalam pembuatan produknya iaitu krim dan sabun yang sesuai untuk kulit kering dan berminyak.

Katanya, ia menghilangkan tanda regangan, melembap dan menganjalkan kulit, menghilangkan kulit kusam serta meratakan tona kulit wajah, selain sesuai untuk semua peringkat usia.

“Produk keluaran Salsabella Group Enterprise mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta sijil Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang bebas bahan kimia serta tiada kesan sampingan,” katanya sambil menambah maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Facebook, Salsabella Group Enterprise.

Set Salsabella Skincare serta Beauty Shop itu dijual pada harga RM120 untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain boleh didapati di farmasi, toko jamu dan peruncit seluruh negara.

Bagi yang berminat menyertai perniagaan terbabit, 30 individu pertama mendaftar sebagai ejen hanya perlu melabur RM200 saja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 6:46 AM