PELAJAR menunggu giliran untuk menggunakan 'Celestron' bagi mencerap imej gerhana matahari separa di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. FOTO Khairunisah Lokman
PELAJAR menunggu giliran untuk menggunakan 'Celestron' bagi mencerap imej gerhana matahari separa di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. FOTO Khairunisah Lokman
GERHANA matahari separa dirakam pada 7.34 pagi di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. FOTO Khairunisah Lokman
GERHANA matahari separa dirakam pada 7.34 pagi di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. FOTO Khairunisah Lokman
Norizzah Baharudin


Alor Gajah: Lebih 500 pelajar sekolah, kolej dan masyarakat setempat berkumpul di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, di sini, bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari separa, pagi ini.

Mereka yang hadir turut menunaikan solat sunat gerhana di situ.

Pegawai Sains Jabatan Mufti negeri, Nor Nazmi Razali berkata, penduduk di Melaka hanya berpeluang melihat gerhana matahari separa berbanding gerhana matahari penuh di Palembang, Indonesia.

"Sentuhan pertama berlaku iaitu ketika bulan kali pertama berada di satu sisi matahari kira-kira lima ke enam minit selepas terbitnya matahari.

"Sentuhan maksimum berlaku pada 8.23 pagi iaitu ketika peratusan maksimum matahari akan tertutup dan gerhana matahari separa ini tamat kira-kira sejam lima minit selepas waktu maksimum," katanya.

Beliau berkata, meskipun hanya berlaku fenomena gerhana matahari separa namun masih lagi pada tahap amat berbahaya untuk melihatnya secara terus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 12:44 PM