KUALA LUMPUR 09 MARCH 2016. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (enam dari kanan) ketika menunaikan solat gerhana matahari yang di imamkan oleh Ustaz Amru Alhaz bin Adnan di Masjid Negara. NSTP/ HAFIZ SOHAIMI

Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat gerhana matahari di Masjid Negara di sini, hari ini.

Solat sunat dua rakaat itu diimamkan Imam Masjid Negara, Amru Al Haz Adnan.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, walaupun hari bekerja ia tidak menghalang kira-kira 2,000 umat Islam untuk melakukan solat sunat Al Kusuf itu.

"Kita menganjurkan solat gerhana ini bagi memberi peluang umat Islam negara ini untuk solat berjemaah untuk bersama-sama mengkagumi kekuasaan Allah yang mengatur alam semesta.

"Ternyata sekali waktu bekerja tidak menghalang mereka untuk melahirkan kesyukuran," katanya yang ditemui.

Fenomena gerhana matahari separa yang disaksikan hari ini hanya akan muncul semula pada 26 Disember 2019.

Gerhana matahari separa, hari ini bermula pada 7.24 pagi dan berakhir 9.31 pagi serta dapat disaksikan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 2:02 PM