STATUS di laman Facebook Ustaz Kazim. FOTO Facebook/Datuk Mohammad Kazim Elias
STATUS di laman Facebook Ustaz Kazim. FOTO Facebook/Datuk Mohammad Kazim Elias
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh : Pendakwah, Datuk Mohammad Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias (UKE) mula menemui penduduk kampung dan melawat Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi di sini, hari ini.

Menerusi status laman sosial Facebooknya yang dimuat naik hari ini, beliau memaklumkan yang sudah mampu berjalan di sekitar Manjoi di sini, sambil bersenam, menemui orang kampung serta melawat Pusat Pendidikan Al-Barakah, yang diasaskannya.

Beberapa gambar yang dimuatnaik turut menunjukkan beliau berjalan dengan membawa tongkat dan bersalaman dengan penduduk.

Abangya, Datuk Najmuddin Elias ketika dihubungi pula berkata, keadaan adiknya semakin ceria dan menunjukkan perkembangan kesihatan yang baik.

"Ustaz Kazim semakin pulih. Dia menunjukkan perkembangan kesihatan yang begitu menakjubkan dan beliau sendiri memberitahu ketika saya berkunjung ke rumahnya, semalam.

"Saya yakin perubahan drastik ini adalah disebabkan beliau akur dengan nasihat doktor untuk sentiasa menjaga makan dan minum selain berehat dan melakukan senaman ringan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 7:18 PM