USTAZ Kazim (dua dari kiri) dan Dr Zambry  (lima dari kiri)  bersama mengurus jenazah Lat yang meninggal dunia ketika mengikuti ceramah di kediaman Menteri Besar Perak, semalam.
USTAZ Kazim (dua dari kiri) dan Dr Zambry (lima dari kiri) bersama mengurus jenazah Lat yang meninggal dunia ketika mengikuti ceramah di kediaman Menteri Besar Perak, semalam.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh : “Arwah memang meminati dan suka mendengar ceramah Ustaz Kazim dan berhasrat mendengar ceramahnya secara ‘live’, namun Allah lebih menyayanginya dan hasrat itu tidak kesampaian walaupun sudah tiba ke lokasi ceramah,” kata Radziah Ali, 50, anak saudara Lat Senawi, 75, wanita warga emas yang meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Datuk Mohamad Kazim Elias atau Ustaz Kazim di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa yang datang bersama rombongan seramai 40 orang menaiki bas dari Kampung Bahagia, Kuala Perlis, Perlis disahkan meninggal dunia ketika baru tiba ke lokasi ceramah.

Radziah yang juga ketua rombongan berkata, mereka bertolak dari Kuala Perlis pada jam 12 tengah malam dan tiba di Ipoh pada jam 8.10 pagi, namun sebaik arwah turun dari bas dan mahu duduk di kerusi, dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri dipercayai diserang sakit jantung.

Menurutnya, pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan arwah sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

“Kami merancang mengadakan rombongan ini sejak empat bulan lalu dan memohon daripada Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi sebelum mendapat pengesahan menghadiri ceramah pada 1 Februari lalu, namun ditukar pada hari ini (semalam).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 8:39 AM