Penjelasan mengenai laman sosial menggunakan akaun palsu yang dikaitkan dengan Ustaz Kazim Elias.
Penjelasan mengenai laman sosial menggunakan akaun palsu yang dikaitkan dengan Ustaz Kazim Elias.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: “Selain mahu mempopularkan laman sosial Facebook (FB), Twitter dan Instagram serta mencari pengikut untuk tujuan perniagaan, saya melihat fenomena menggunakan akaun palsu kononnya milik pendakwah adalah untuk tujuan menjatuhkan imej sekali gus membunuh karakter pendakwah,”€ kata Datuk Mohammad Kazim Elias.

Pendakwah bebas terkenal itu meluahkan demikian ketika mengulas viral di laman sosial termasuk FB yang menggunakan akaun Nasihat Ustaz Kazim menunjukkan gambar kilang proses daging manusia dijadikan makanan dalam tin dari China.

Beliau dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias atau DUKE menjelaskan hanya dua memiliki akaun FB yang sahih iaitu akaun ‘fan page’€™ Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Mohamad Kazim Elias.

“€œDalam pengetahuan saya, lebih 40 akaun palsu berada dalam FB yang menggunakan nama atau mengaitkan nama saya. Saya hanya ada dua akaun FB...yang lain-lain jangan percaya.

“€œSelain itu, saya tidak memiliki Twitter dan Instagram. Jadi, sekiranya masyarakat pengguna laman maya dapat maklumat atau ‘post’€™ di kedua-dua laman sosial ini maka ia jelas fitnah.

“Sebenarnya, memalsukan akaun dengan mengaitkan nama saya sudah lama berlaku. Laporan sudah dibuat kepada pihak berwajib termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)...sudah ada yang ditutup tetapi ia berlaku lagi dengan pembukaan akaun palsu lain,”€ katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara ditimbulkan di akaun palsu itu antaranya isu penggunaan vaksin terhadap bayi , pelancongan umrah dan percanggahan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjadi viral sehingga menyebabkan berlakunya fitnah secara berleluasa.

Keadaan berlanjutan itu, katanya, seolah-olah ada pihak tertentu yang ditugaskan untuk membunuh karakter pendakwah sepertinya.

“€œPihak berkuasa seharusnya serius mengenai perkara ini. Undang-undang lebih keras perlu ada untuk menghukum pelaku yang melakukan fitnah supaya si pelaku dan sesiapa yang berniat melakukan perkara sama akan serik. Setahu saya tiada lagi yang ditangkap berkaitan kes pemalsuan akaun babitkan saya.

“€œDi sisi agama pula ia adalah perbuatan haram. Fitnah termasuk dalam dosa besar. Secara peribadi juga saya terganggu dengan perbuatan sebegini,”katanya yang mempunyai 1.17 juta pengikut di FB.

Antara akaun palsu mengaitkan beliau adalah Nasihat Ustaz Kazim, Tazkirah Ustaz Kazim Elias, My Idola Datuk Ustaz kazim Elias, Koleksi Kata Nasihat Ustaz Kazim Elias, ustaz kazim elias, Koleksi Kuliah Ustaz Kazim Elias, Ustazah Mohd Kazim Elias Himpunan Kata-kata Hikmah, We Love Ustaz Kazim Elias, Geng Ustaz Kazim & Krew Al-Barakah dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 9:24 PM