FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Khairul Najib Asarullah Khan

Rembau: Sekumpulan enam pendaki termasuk wanita yang dilaporkan sesat di Gunung Datuk, di sini, pagi ini, ditemui selamat dan dibawa turun pasukan bomba, petang ini.

Difahamkan, mereka berusia 19 hingga 28 tahun yang juga pekerja swasta di Rawang, Selangor, mula mendaki kira-kira 5 pagi, sebelum tersesat selepas lima jam mendaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata pihaknya dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 10.47 pagi.

Katanya, pencarian dilakukan berdasarkan Sistem Pemantauan Global (GPS) yang dihantar mangsa.

"Bomba memerlukan kira-kira 20 minit untuk mengesan kedudukan mangsa. Mereka ditemui kira-kira 200 meter dari aras laut dan dua kilometer dari laluan sebenar.

"Keadaan keenam-enam mangsa lemah disebabkan bekalan makanan dan minuman habis, namun tiada cedera. Semua dibawa turun pada 3.25 petang," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan mangsa kepada kakitangan ambulans untuk dibawa ke Hospital Tampin bagi rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 5:37 PM