PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) berjaya mengekang asakan pemain Perak.
PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) berjaya mengekang asakan pemain Perak.
Oleh Azizan Hashim


Ipoh: Perak berjaya mengikat Kelantan apabila seri tanpa jaringan di Stadium Perak, malam tadi untuk masing-masing mengutip satu mata selepas aksi sulung kancah Liga Super 2016.

Jangkaan perlawanan berlangsung sengit dan menarik menjadi realiti apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Kelantan yang mendapat perhatian meluas selepas mendapat tajaan Vida Beauty Sdn Bhd dan kini mendapat jolokkan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) tampil garang di awal permainan.

Begitupun impian menang mudah meleset apabila pemain tuan rumah berjaya menyaingi mereka dari setiap sudut.

Hanya pertahanan kental anak buah K Devan menyaksikan pelawat terselamat apabila Perak menggempur melalui trio awang import, Elias Fernandes de Oliviera, Vokhid Shodiev dan Eric Weeks.

Apapun keputusan itu nyata adil buat kedua-kedua pasukan berikutan aksi seimbang yang menghiburkan kira-kira 25,000 penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:04 AM