Mangsa banjir mendapatkan bekalan makanan yang dibekalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Dewan Suarah Kuching.
Mangsa banjir mendapatkan bekalan makanan yang dibekalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Dewan Suarah Kuching.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Seramai 5,813 mangsa banjir daripada 1,574 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan di Bahagian Kuching dan Serian setakat 10 malam tadi.

Jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding seramai 5,551 pada 6 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, air pasang besar pada paras tertinggi hari ini dengan bacaan 6.2 meter menyebabkan banjir bertambah buruk disertai dengan hujan di beberapa kawasan sejak petang tadi.

Katanya, dua pusat pemindahan baru yang dibuka ialah di Dewan Kampung Betong, Kanowit dan Surau Hadhari, Serian pada 3 dan 6 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, pasukan penyelamat memberi tumpuan di kawasan persisir sungai seperti bandar Kuching, Kampung Bintawa dan Kampung Kudei, Satok.

Katanya, pasukan penyelamat membuat pemantauan di kawasan berisiko banjir ini dan bersedia memindahkan penduduk sekiranya perlu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 10:58 PM