Anggota JPAM membantu membersihkan rumah penduduk. FOTO ihsan JPAM Sarawak
Anggota JPAM membantu membersihkan rumah penduduk. FOTO ihsan JPAM Sarawak
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Empat pusat pemindahan banjir di Kuching sudah ditutup apabila banjir di kawasan Lundu sudah pulih sepenuhnya dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 12 tengah hari tadi.

Setakat jam 4 petang tadi, seramai 90 mangsa banjir daripada 20 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Samarahan dan Serian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata, seramai 80 mangsa banjir daripada 15 keluarga masih ditempatkan di Dewan Suarah Samarahan, manakala 10 mangsa lagi membabitkan lima keluarga ditempatkan di Surau Darul Hadhari, Kampung Rimba Padi, Asajaya.

Katanya, cuaca yang semakin baik menyebabkan banjir semakin pulih.

"JPAM turut membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:44 PM