MANGSA berjaya dibawa turun dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Serian. FOTO ihsan bomba
MANGSA berjaya dibawa turun dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Serian. FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Serian: Seorang remaja lelaki yang terjatuh dan patah kaki kanan ketika mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Sadong, Kampung Tarat Mawang, di sini berjaya dibawa turun pada jam 5.01 petang tadi.

Mangsa Nick Jared, 16, yang mengikuti ekspedisi itu berjaya dibawa turun dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Serian.

Menurut Ketua Bomba Zon Kuching Tiong Lii Hii, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.25 petang.

Katanya, enam anggota bomba bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba mengambil masa kira-kira enam minit untuk sampai ke tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan pengusung dan dihantar ke Hospital Serian menggunakan kenderaan peribadi penganjur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 7:37 PM