Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kapar: Lelaki ditahan polis kerana dikesan menjual gelaran Datuk Seri dan Datuk selain menjual kereta kepada lelaki Bangladesh membabitkan kerugian RM235,400, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, suspek yang berusia 33 tahun itu berkenalan dengan mangsa sebelum menawarkan mangsa kereta pada harga RM164,200.

Beliau berkata, selepas melihat mangsa yang berusia 57 tahun berminat dan sanggup membayar sejumlah wang untuk membeli kereta berkenaan, suspek kemudian menawarkan pula gelaran Datuk Seri dan Datuk kepada pengadu dan anaknya.

"Suspek kemudian meminta pengadu membayar RM71,200 bagi mendapatkan gelaran itu namun selepas pembayaran dibuat, kereta yang dibeli masih belum diperoleh selain pelbagai alasan diberikan apabila ditanya mengenai gelaran itu.

"Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Meru untuk tindakan selanjutnya. Suspek ditahan di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 6:33 PM