MOHD Yusoff Mamat (dua kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Suprintendan Nor Omar Sappi menunjukkan kenderaan yang dirampas. FOTO Faiz Anuar
MOHD Yusoff Mamat (dua kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Suprintendan Nor Omar Sappi menunjukkan kenderaan yang dirampas. FOTO Faiz Anuar
Ayusliza Azizan


Kapar: Polis menahan lelaki yang menggunakan gelaran Datuk palsu kerana terbabit dalam kegiatan menipu guru bagi mendapatkan tender kantin sekolah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Rodat, Bandar Bukit Raja , di sini, Selasa lalu kira-kira 9 malam selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

"Guru berkenaan bersama isterinya yang berusia 50-an mengalami kerugian sebanyak RM340,000 wang tunai serta dua kereta dan pacuan empat roda bernilai RM170,000 dan RM90,000 yang diserahkan kepada suspek.

"Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan menggunakan gelaran Datuk dan berperwatakan lembut bagi meyakinkan mangsanya supaya dapat melaburkan wang bagi melakukan perniagaan namun menghilangkan diri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bagi soal siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 8:09 PM