KERETA mewah yang dijadikan ‘modal’ oleh suspek.
KERETA mewah yang dijadikan ‘modal’ oleh suspek.

Kapar: Lelaki yang hanya menjual ‘air liur’ dengan menawarkan gelaran Datuk Seri serta Datuk kononnya dari sebuah istana di utara tanah air selain menjual kereta BMW 6 Series kepada seorang ahli perniagaan warga Bangladesh ditahan polis di sekitar Damansara dekat sini, jam 6 petang, Isnin lalu.

Tindakan lelaki berusia 33 tahun itu membolehkannya mengaut keuntungan RM235,400 hasil penipuan terhadap mangsa yang berumur 57 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan gelaran Datuk menerusi laman sosial pada 2014 sebelum ditawarkan BMW 6 Series pada harga RM164,200 pada tahun yang sama.

“Suspek kemudian menyerahkan kereta berkenaan selepas bayaran dibuat. Bagaimanapun, mangsa hanya sempat menggunakan kereta berkenaan selama dua bulan.

“Suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan semula kereta berkenaan dengan alasan untuk urusan pertukaran nama. Percaya dengan helah itu, mangsa bersetuju,” katanya.

Menurut Mohd Yusoff, pada masa sama, suspek turut menawarkan mangsa gelaran Datuk Seri dan Datuk dengan bayaran RM71,200.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 6:43 AM