MOHD Yusoff (kiri) diirngi Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Nor Omar Sappi (kanan) menunjukkan kipas siling yang dirampas semula. FOTO Faiz Anuar
MOHD Yusoff (kiri) diirngi Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Nor Omar Sappi (kanan) menunjukkan kipas siling yang dirampas semula. FOTO Faiz Anuar
Ayusliza Azizan


Kapar: Polis menumpaskan sindiket menjual barangan curi dengan selepas 14 lelaki berusia 20 hingga 50 tahun ditahan di Kedah dan Pulau Pinang, bulan lalu.

Dua daripada suspek yang ditahan dipercayai dalang yang melarikan lori yang membawa 1,273 kipas siling bernilai RM150,000 di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, 16 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek bertindak melarikan lori apabila mendapat peluang dan kemudian membawanya ke Kedah dan Pulau Pinang untuk dijual kepada pembeli.

Polis merampas semula 323 karton kipas siling, tiga kereta, dua lori termasuk lori yang dilarikan, katanya.

"Kes disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 7:33 PM