Pakaian dan jam dipakai mangsa. FOTO ihsan PDRM
Pakaian dan jam dipakai mangsa. FOTO ihsan PDRM
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kapar: Polis Klang Utara mengesan waris lelaki yang mayatnya ditemui terapung di laut Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, 25 September lalu.

Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 30 hingga 40 tahun itu ditemui lengkap berpakaian oleh Orang Asli kira-kira 12.45 tengah hari.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan sekitar lokasi penemuan.

"Setakat ini tiada waris yang datang membuat pengecaman dan menuntut mayat di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Jaafar Sidek ditalian 019-5756419," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 2:20 PM